CARA MUDAH DOWNLOAD PREMIUM

Kepada seseorang yang baru dalam dunia mendownload lebih-lebih lagi yang suka mendownload cerita/TV Show/Drama/Anime dsb tentu susah bagi anda nak cari link-link download jika hanya terlalu bergantung pada link-link mediafire/4shared atau lain-lain web perkongsian yang menawarkan speed laju tanpa perlu membayar 1 sen pun.

Aku ni takde lah pro sangat, tapi adela sedikit ilmu kalau nak share kepada korang yang tak tau tu.. ;P

Sebagai tambahan, aku tidak bertanggung jawab sekiranya korang kena tangkap mendownload cerita cetak rompak....hehehe... Sentiasa support yang Original!!!

LANGKAH PERTAMA #1

OK.. 1st korang kena pandai cari laman web yang boleh menyediakan link-link download untuk korang download.. Kita boleh lihat banyak laman web Malaysia dah memulakan langkah mengupload cerita-cerita kesukaan orang malaysia.. sebagai contoh

Malay-Movie.Blogspot.Com

Aku Muzik Hampa

MrPiratz.com

Dan Macam-Macam lagi... nanti aku tambah post untuk rujukan korang...

LANGKAH KEDUA #2

Korang pon dah tengok laman web di mana korang nak cari cerita... tapi apakan daya tak semua laman web itu menyediakan link-link download yang memuaskan hati korang... kalau dapat jumpa link mediafire memang best... tapi kebanyakannye rapidshare, filefactory, netload dan laman-laman web perkongsian yang lebih konvensional dan globally used la... So ape yang korang boleh buat dalam keadaan ni??


Sebagai contoh korang dapat link download rapidshare seperti ini. (boleh try download, dijamin halal dan tiada virus)

https://rapidshare.com/files/302511180/TEST FILE.xps

korang boleh memilih untuk download secara free user dan menunggu untuk beberapa minit untuk mendapatkan link download. Sabar ajelah!!!

Tapi ada beberapa masalah yang mungkin anda dapati:

1. File yang besar macam file game macam game PES, Football Manager, memang lama beb nak download pakai free user macam ni. Selalunya kalau free user korang boleh download dalam 50kB/s je maksimum. kalau korang pkai broadband company "C" yang RM68 tu mmg selalu dapat speed macam tulah... tapi kalau korang pkai UNIFI @ Streamyx mana lalu beb nak download dengan speed kura-kura tu..hehe

2. Kalau korang pakai broadband, ada kemungkinan juga korang akan dapat masalah, IP korang telah diguna untuk mendownload, so anda kena tunggu 30minit. aduhai... ni yang tak tahan nak tunggu. padahal korang tak pernah download lagi.

3. Korang kena tunggu beberapa minit antara setiap download.Kalau file download tu banyak.. macam file game..memang sakitlah nak tunggu setiap kali file siap didownload.

Sebagai penyelesaian korang boleh cuba membeli akaun rapidshare ini dengan harga yang berpatutan di sini

Atau korang boleh tengok langkah 3 yang akan memudahkan korang mendownload.

LANGKAH KETIGA #3

Korang pernah dengar pasal "leech site". Ape tu "leech site"? kat malaysia ni ramai tak tau lagi pasal "leech site" ni. "leech site"  ni berfungsi sebagai link generator untuk link premium. Untuk menerangkan dengan lebih mudah, cuba fahamkan penerangan aku kat bawah ni:



Sebagai contoh aku ajarkan korang step by step cara untuk download 1 file rapidshare secara premium.

1. Copy 1 link rapidshare. (pastikan link itu masih available)
           https://rapidshare.com/files/302511180/TEST FILE.xps

2. Buka laman web leech site (aku suka pakai yang ni) leech mafia

3. masukkan link korang dalam bahagian "Insert link here:"

4. korang pilih lah nak "direct download" atau "download from server" (berbeza untuk semua leech site, kadang-kadang cuma ade button "transload" @ "download" sahaja.

5. untuk direct download korang akan terus mendownload file yang anda mahu, tapi jika "download from server, korang akan ditunjukkan dengan 1 page yang menunjukkan status peng"upload"an file korang ke server mereka. last sekali korang akan ditunjukkan link untuk mendownload. Copy paste dalam IDM @ Flashget @ download manger korang.

6. Bling 3x... korang sekarang sedang mendownload dalam premium dan pastinya lebih laju dari free user.

Sila Comment jika anda dapati post ini berguna ;)
  



 

0 Responses to CARA MUDAH DOWNLOAD PREMIUM